Arsip Blog

Rabu, 17 Desember 2008

Zionis-zionis Berjubah


bukan utk berperang, tapi utk membuat kebab

Melihat berita di bawah ini, menjadi jelas teka-teka sikap sebagian besar pemimpin-pemimpin Arab yang kompromistis dan tidak mendukung Hamas, membenci Hezbollah dan tentu saja, Iran.

Presiden Israel, Shimon Peres, mengungkapkan bahwa dia dan Menteri Luar Negeri Zipni Livni telah melakukan pertemuan rahasia dengan Emir Bahrain, Hamad bin Isa Al Khalifah di New York beberapa hari lalu.

Sumber-sumber Israel, sebagaimana dikutip suratkabar Alquds, mengungkapkan bahwa sejak beberapa tahun terakhir pejabat-pejabat teras Israel dan Bahrain sering melakukan kontak rahasia, meski secara resmi kedua negara tidak memiliki hubungan diplomatik. Disebutkan pula bahwa Ron Brosowar, Direktur Jenderal Kementerian Luar Negeri Israel, sebagai utusan Zipni Livni, tahun lalu melakukan kunjungan ke Bahrain dan mengadakan pertemuan guna membahas apa yang disebut dengan “isu-isu sensitif”.

Menurut sumber ini pula, dalam sela-sela Konferensi Dialog antar Agama di New York dua pekan lalu, Menteri Luar Negeri Oman, Yusuf bin Alawi, melakukan pertemuan rahasia dengan Menteri Luar Negeri Zionis, Zipni Livni.

Hubungan rahasia ini tidak hanya dilakukan oleh Bahrain dan Oman. Sumber-sumber terpercaya, sebagaimana dikutip Alquds, mengungkapkan adanya “hubungan rahasia” antara Israel dan Arab Saudi sejak beberapa tahun lalu. Pada tahun 2006, seorang pangeran dari keluarga Saudi melakukan pertemuan dengan sejumlah pejabat Isarel yang dihadiri oleh Menteri Luar Negeri AS, Condoliza Rice.

Diungkapkan pula bahwa beberapa waktu lalu seorang pejabat dari anggota kerajaan Arab Saudi melakukan kunjungan ke Yerusalem Barat guna mengatur pertemuan rahasia antara pejabat tinggi Israel dan Arab Saudi.

Hingga kini, satu-satunya negara Teluk yang memiliki hubungan diplomatik dengan Isarel adalah Qatar. Meski demikian, para pemimpin negara-negara Arab di Teluk tergolong setia pada Amerika dan bersikap “kompromistis” bahkan sangat lunak terhadap Israel, termasuk Arab Saudi bahkan sejak Isaac Rabin menjadi Perdana Isarel beberapa tahun silam.

Sedangkan negara Arab non Teluk yang memiliki hubungan resmi dengan Israel antara lain Mesir, Maroko dan Mauritania.

Jumat, 12 Desember 2008

Wajah Allah??????????????????






1.
'Wajah' Allah Sebagaimana Yang Difahami oleh Mazhab Khalifah:

Ibn Khuzaiman dalam karyanya bertajuk "Tawhid" menulis pada halaman 10:

"Bab mengenai wajah Allah, yang Dia telah menerangkan dalam kitabNya seperti ayat berikut:

"Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan."(Al-Rahman: 27)

"Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Wajah Allah." (al-Qasas: 88)

Oleh yang demikian, Ibn Khuzaimah mencari keterangan lain dalam al-Qur'an dan berkata:

"Maka Allah telah menjelaskan bahawa Dia mempunyai wajah, telah menerangkan Ia mempunyai kebesaran dan kemuliaan, dan telah menyatakan bahawa wajahNya akan kekal selama-lamanya dan tidak akan binasa….."

Dalam kesimpulannya beliau menambah:

"Apabila Allah telah mengesahkan diriNya (mempunyai wajah) , maka kami juga mengesahkannya, tetapi WajahNya tidak sama seperti wajah makhluk-makhlukNya."

Dalam bab kesebelas kitab yang sama, Ibn Khuzaimah memetik 14 hadith daripada Nabi SAWAW di mana perkataan 'wajah' telah disebutkan, dan beliau telah membuat dakwaan tersebut berasaskan hadith-hadith itu. Sebagai contoh, apabila Nabi SAWAW berdoa dan berkata:

"Aku memohon perlindungan dengan WajahMu yang Mulia…."

Ibn Khuzaimah mendakwa perkataan wajah yang dimaksudkan oleh Nabi SAWAW merujuk kepada wajah dalam maknanya yang literal. Dalam perkataan lain, beliau mendakwa 'wajah' adalah sebahagian daripada anggota yang ada pada tubuh Tuhan sama seperti manusia atau juga haiwan.

Sekarang, marilah kita mengkaji apa yang Ahlul Bait AS maksudkan dalam hadith-hadtih mereka:

2. 'Wajah' - menurut penjelasan Ahlul Bait AS:

Sebagai satu penjelasan, marilah kita mengkaji satu hadith daripada Amirul Mu'minin Ali bin Abi Talib AS, di mana beliau AS telah menunjukkan kaedah untuk memahami ayat-ayat Qur'an khususnya yang berkaitan dengan sifat-sifat Tuhan.

Seseorang merujuk kepada Ali bin Abi Talib AS dengan memetik beberapa ayat Qur'an bagi mengemukakan kemusykilan-kemusykilannya. Di antaranya ialah kami memilih dua ayat berikut:

Maksud secara literal dua ayat berikut:

a) "(Dan pada Hari Pembalasan) Tuhanmu akan datang, dan malaikat berbaris-baris…" (Al-Fajr: 22)

b) "Yang mereka nanti-nantikan tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka atau kedatangan Tuhanmu atau kedatangan beberapa ayat Tuhanmu.."(Al-An'am: 158)

Kemusykilan yang dikemukakan sama ada Allah SWT akan muncul pada Hari Pembalasan sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat-ayat ini. Imam Ali AS menerangkan:

"Apabila Allah Yang Maha Mulia mewahyukan ayat-ayat ini, maka ia adalah sesuatu yang benar kecuali kedatanganNya tidaklah sama dengan makhluk-makhlukNya. Aku telah menasihatkan kamu sebelum ini bahawa sebahagian daripada ayat-ayat Qur'an tidak dapat diambil maknanya secara literal sebaliknya kamu hendaklah memahaminya secara metapora.

"Kata-kata Allah tidak sama dengan kata-kata manusia, dan perbuatanNya tidak sama dengan perbuatan manusia.

Bagi menjelaskan perkara ini, saya akan memberikan kamu contoh-contoh daripada Qur'an supaya Insya Allah, kamu akan memahami Qur'an dengan cara yang betul. Qur'an menjelaskan Nabi Ibrahim AS berkata:

"Aku akan pergi menghadapTuhanku. Sesungguhnya Dia akan memberi petunjuk kepadaku." (al-Saffat: 99).

"Di sini, 'pergi menghadap Tuhanku' tidak bermaksud berjalan dan kemudian bertemu Dia. Tetapi ia bermaksud pasrah kepadaNya dengan bersungguh-sungguh dengan cara beribadat untuk mendekatkan diri kepadaNya. Tidaklah kita dapat melihat perbezaannya antara makna literal dan makna sebenar yang disampaikan secara metapora? Sekali lagi, (kami) kemukakan lagi contoh-contoh ayat yang mengandungi ayat-ayat seperti gaya bahasa di atas dan perhatikan maksud sebenarnya:

a) "Dia menurunkan kamu lapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak." (al-Zumar: 6)

b) " Dan turunkan kepada kamu besi, yang mempunyai daya kekuatan yang hebat…"(al-Hadid: 25)

Nah, jika kita bergantung kepada makna literal, adakah anda akan mengatakan bahawa lapan ekor haiwan dan besi itu diturunkan oleh Allah SWT dari langit tetapi makna demikian bukanlah yang dimaksudkan oleh ayat-ayat tersebut. Perkataan-perkataan tersebut sebenarnya bermaksud 'Kami (Allah SWT) ciptakan' atau 'Dia jadikan.' (Sila lihat Tawhid oleh S. Saduq, hlm. 265)

Ali bin Abi Talib AS telah mengajarkan kepada kita dua kaedah asas untuk memahami Sifat-Sifat Allah SWT:

Pertama, perbuatan Allah SWT tidak boleh disamakan dengan perbuatan manusia. Apabila Allah SWT menerangkan dalam al-Qur'an dengan firmanNya:

"Allah telah mendengar…"(Mujadilah: 1) Maka ia tidak boleh disamakan dengan pendengaran manusia, binatang atau makhluk-makhluk lain. Kita (manusia) mendengar dengan bantuan alat pendengaran (telinga). Pendengaran oleh Allah SWT tidak membawa maksud sedemikian.

Allah dalam al-Qur'an menerangkan:

"….."Aku menjadikan dengan tanganKu" (Sad: 75)

Manusia mungkin juga mampu membuat benda-benda dengan tangannya. Tetapi kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza. Allah SWT tidak mempunyai alat anggota malahan tidak memerlukan alat anggota tubuh badan untuk menjadikan sesuatu. Allah SWT telah mewahyukan kepada Nabi Musa AS:

"Janganlah kamu berdua khuwatir! Sesungguhnya Aku bersama kamu berdua, Aku mendengar dan Aku melihat" (Taha: 46)

Bersama-sama berada dengan seseorang mempunyai maksud yang berbeza dengan apa yang lazim kita fahami dalam kenyataan kita sebagai manusia. Apabila Allah SWT 'dekat' dengan seseorang, ia tidak merujuk kepada dekat secara fizikal atau dalam jarak yang hampir di antara yang mendekat dan didekati.

Kedua, Amirul Mu'minin Ali bin Abi Talib AS, berkata, amatlah mustahak memahami makna literal dan metapora dalam penggunaan bahasa al-Qur'an sebelum seseorang itu melakukan penafsiran atau huraian tentang al-Qur'an. Beliau AS mengambil dua contoh ayat al-Qur'an untuk menjelaskan perkara itu.

Hakikatnya, apabila kita duduk dan membaca sastera atau karya klasik dalam bahasa apa pun, kita dikehendaki untuk benar-benar fasih dalam bahasa tersebut, penggunaan perkataan dan sebagainya. Berasaskan prinsip asas tersebut, marilah kita mengkaji bagaimana mazhab Ahlul Bait AS menjelaskan maksud perkataan 'wajah' Allah SWT.

Abu Hamzah berkata:

"Aku bertanya Imam Muhammad al-Baqir AS tentang maksud ayat berikut:

"Setiap sesuatu akan binasa kecuali Wajh Allah."

Imam AS menjawab:

"Adakah mereka menyangka Allah mempunyai rupa wajah dan setiap orang akan binasa kecuali rupa WajahNya? Maha Suci Allah daripada mempunyai rupa wajah! Maksud sebenar ayat tersebut ialah setiap sesuatu akan binasa kecuali agama Allah, iaitu arah dan jalan yang menuju Allah."

Dalam riwayat yang lain daripada Imam Ja'far al-Sadiq AS, ayat ini dihuraikan lebih lanjut:

"Setiap sesuatu akan binasa kecuali anutan jalan yang lurus."

Kedua-dua huraian itu membawa makna yang sama, iaitu jalan yang lurus atau agama Allah SWT (Islam). Inilah maksud sebenar istilah "Wajah Allah" yang telah diterangkan oleh Ahlul Bait AS.

Marilah kita melihat makna 'Wajh' dalam Bahasa Arab selain daripada makna literal yang sering digunakan dalam percakapan harian.

1. Wajh bermakna "permulaan" atau "bahagian paling awal" sebagaimana yang digunakan dalam frasa "Wajhun-Nahar" iaitu permulaan pagi.

2. Wajh bermakna "kebenaran hakiki atau hakikat sebenar sesuatu perkara itu" sebagaimana mereka berkata dalam Bahasa Arab; Asaba Wajhal Masa'lah yang bermaksud Dia datang dengan hakiki sebenar perkara itu.

3. Wajh bermakna "arah, tujuan" seperti: Ittajahat Tijarah" bermaksud dia datang dengan tujuan untuk berniaga.

Makna-makna ini telah disahihkan oleh tokoh-tokoh ilmuan moden seperti pengarang kitab 'Mu'jamu Al-Faazil Quran al-Karim", yang dicetak di Mesir pada tahun 1390H.

Walaupun istilah 'Wajh' mempunyai makna yang lebih luas, namun mazhab khalifah tidak mempunyai alasan yang kuat untuk memilih makna bahawa Allah mempunyai anggota seperti manusia. Amatlah jelas mereka ini telah dipengaruhi oleh cerita-cerita Israiliyyat sesat Yahudi dan riwayat-riwayat yang diambil daripada sahabat-sahabat seperti Abu Hurairah.

Dalam perbincangan yang ringkas tadi, kita menyedari bahawa kedua-dua mazhab itu mempunyai pandangan yang berbeza tentang Allah. Mazhab yang pertama (mazhab khalifah) percaya kepada doktrin anthropomorphisme, yang membayangkan Allah seperti kita manusia atau makhluk lain yang mempunyai anggota tangan, kaki dan sendi-sendi. Mazhab yang satu lagi (mazhab Ahlul Bait AS) percaya kepada wujud Allah SWT tidak menyamai makhlukNya.

Terdapat ayat-ayat Qur'an yang memerlukan pedoman suci untuk memahaminya dan pedoman itu datangnya daripada Nabi SAWAW dan Ahlul Baitnya yang suci. Allah berfirman:

"Di antara (isi)Nya ada ayat-ayat yang muhkamaat itulah pokok isi al-Qur'an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti ayat-ayat yang mutasyabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta'wilnya padahal tidak ada orang yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah…" (Ali Imran: 7)

Allah SWT telah mengamanahkan NabiNya SAWAW dengan tugas untuk menyampaikan maksud al-Qur'an:

"Dan Kami turunkan kepadamu Al-Qur'an agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan." (Al-Nahl: 44)

Dan Nabi SAWAW telah mengajarkan ilmunya kepada Ali bin Abi Talib AS yang mencatatkan dan menghafalnya dengan penuh keimanan. Selepas kewafatan Nabi SAWAW, umat Islam merujuk kepada Ali AS apabila ditimpa masalah dalam hal memahami al-Qur'an dan beliau AS sering memberikan jawapan yang memuaskan. Ilmu pengetahuan Ahlul Bait AS adalah anugerah daripada Allah SWT. Ia tidak bergantung kepada pendapat peribadi atau tafsiran ulama yang dipengaruhi oleh aliran pemikiran bukan Islam.

Tidak Ada Satupun Ayat yang Menghapuskan Ayat Mut’ah ????? atau ada?????




Seluruh ayat yang menerangkan tentang warisan, talak, iddah tidak dapatdijadikan penghapus (nasikh) ayat yang menerangkan tentang nikah mut'ah[Q.S. An-Nisaa' 24], termasuk juga ayat tentang penjagaan aurat. Mereka menganggap bahwa wanita yang dinikahi secara mut'ah tidak berstatus isteri dikarenakan sebab-sebab tersebut.

Alasan penolakan argumen mereka tersebut adalah :

1. Rasul SAWW menggunakan lafadz "pernikahan" saat berbicara tentang nikahmut'ah ini, seperti :

"Barangsiapa yang mengawini seorang wanita dengan batas waktu maka berilah hak-haknya"

Muslim dalam Shohih-nya juga meriwayatkan hadits yang menggunakan istilah"pernikahan" pada nikah mut'ah, berdasarkan riwayat Abi Nadhrah.Lafadz "pernikahan" tersebut jelas menunjukkan bahwa wanita yang dinikahi secara mut'ah berstatus sebagai isteri

Ref. :

a. Abdurrozaq, dalam "Mushannaf", juz 7, hal. 504

b. Shohih Muslim, juz 1, bab "kawin mut'ah saat Haji dan Umroh".

2. Kalimat sebelum ayat mut'ah itu sendiri adalah :

"Dan dihalalkan bagi kalian untuk mencari isteri-isteri dengan hartamu untuk dikawini bukan untuk berzina"

Yang kemudian dilanjutkan dengan ayat mut'ah (famastamta'tum bihinna...) tersebut.Sehingga jelas sekali bahwa mut'ah merupakan perkawinan bukan perzinaan.Bila "mut'ah" diartikan sebagai "dinikmati/dicampuri", maka mahar mesti diberikan secara penuh setelah wanita tersebut "dicampuri", berdasarkan ayat mut'ah tersebut.

Sementara, semua ahli fikih mengatakan bahwa maharwajib diberikan secara penuh pada wanita setelah ia dinikahi, walaupun wanita tersebut belum "dicampuri".

Sebagaimana firman Allah SWT dalam [Q.S 4:25]

"Nikahilah mereka dengan seijin tuannya dan berikanlah mereka mahar mereka"

Atau dalam [Q.S. 60:10] :

"Dan tidak ada dosa bagi kalian mengawini mereka bila kalian berikan maharmereka"

Dari sini jelas sekali bahwa mut'ah pada ayat tersebut, adalah pernikahan mut'ah, bukan pengertian yang lain.

Ref. ahlusunnah :Tafsir Ar-Razi, tentang [Q.S. An-Nisaa' 24].

3. Zamakhsyari berkata dalam tafsirnya :

"Kalau kalian bertanya kepadaku apakah ayat mut'ah sudah dihapus (mansukh),maka akan kujawab 'Tidak'. Karena seorang wanita yang dinikahi secara mut'ah dapat disebut sebagai isterinya"

Ref. ahlusunnah : Zamakhsyari, dalam tafsir "Al-Kasysyaf", juz 3, hal.177.

4. Ubay bin Ka'ab, Ibnu Abbas, dan Ibnu Mas'ud membaca ayat tersebut dengan tambahan tafsir mereka, yaitu "Ilaa Ajalin Musamma" yang artinya "sampai waktu yang ditentukan".

Ref. ahlusunnah :

a. Thabari, dalam Tafsir "Al-Kabir"

b. Zamakhsyari, dalam kitab "Al-Fa'iq"

c. Ar-Razi, dalam Tafsir-nya

d. Nawawi, dalam "Syarh Shohih Muslim".

e. Ibnu Rusyd, dalam "Bidayatul Mujtahid", juz. 2, hal. 43-44.dll.

5. Banyaknya riwayat yang menyatakan bahwa banyak para sahabat yangmenghalalkan (bahkan melakukan) nikah mut'ah ini, seperti Asma' bintiAbubakar, Zubair bin Awwam, Salamah, Jabir bin Abdullah, Amr bin Harits,Ibnu Abbas, Ibn Mas'ud, dll.

Ref. ahlusunnah :

a. Ibn Hajar Al-Asqolani, dalam "Al-Ishobah", jilid II, hal. 63.

b. Ibnu Hazm, dalam "Al-Mahalli" (sebagaimana dikutip oleh Ibn Hajar).

6. Justru nikah mut'ah ini dilarang pada masa Umar, bahkan dengan ancaman akan dirajam dengan batu.

Ref. :

a. Muntakhab Kanzul Ummal di tepi Musnad Ahmad, juz 6, hal. 404.

b. Shohih Muslim, juz 1, bab "kawin mut'ah saat Haji dan Umroh".

c. Al-Baihaqi, dalam "Sunan Al-Kubro", jilid 7, hal. 206.

d. Shohih Muslim, jilid 1, bab "Nikah Mut'ah".

e. Dr. Ruway'l Ar-Ruhaily, dalam "Fikih Umar 1", penerbit Pustaka Al-Kautsar.

f. Muhammad Abdul Aziz Al-Halawi, dalam "Fatwa dan Ijtihad Umar binKhattab", penerbit Risalah Gusti.

g. Ibnu Rusyd, dalam "Bidayatul Mujtahid", juz 2, hal. 43-44.dll.

7. Ayat Mut'ah turun setelah ayat talak, warisan dan ayat-ayat lain yang berkaitan dengan itu. Sehingga mustahil bahwa ayat yang mendahului me-nasakh ayat yang muncul belakangan.

8. Adanya warisan juga bukan kewajiban mutlak yang menentukan sahnya perkawinan, misalkan seorang Muslim yang menikah dengan wanita ahlul kitab,maka si isteri tidak dapat mewarisi harta suaminya. Dan perkawinan mereka tetap sah

Tidak ada saling mewarisi bagi seorang merdeka yang kawin dengan hambasahaya milik orang lain, walaupun ikatan perkawinan mereka tetap ada.Tidak ada saling mewarisi bila ada bila ada persyaratan sebelumnya untuk tidak saling mewarisi yang ditentukan sebelum akad.Isteri yang membunuh suaminya, maka isteri tidak dapat mewarisi hartasuaminya.Sehingga apakah semua itu tidak disebut "perkawinan sah" hanya tidak adanyasaling mewarisi. Tidak kan.

9. Adanya talak juga bukan ciri sahnya pernikahan. Sebab mencampuri budak juga disahkan oleh agama, sementara padanya tidak ada talak. Sehinggahubungan badan dengan budak bukan merupakan perzinaan walaupun tidak adatalak di dalamnya.

10. Mengenai masalah iddah. Dalam nikah mut'ah juga dikenal masa iddah yaitu dua kali bersih dari haid.

11. Imran bin Hushain berkata: Sesungguhnya Allah SWT menurunkan satu ayat tentang nikah mut'ah dan tidak me-nasakh-nya dengan ayat yang lain. Dan kita diperintahkan nikah mut'ah oleh Rasul SAWW. Dan beliau tidakmelarangnya.

Kemudian berkatalah seseorang lelaki dengan ra'yu-nya tentangapa yang dia kehendaki". Yaitu Umar yang melarangnya.

Ref. :Tafsir Ar-Rozi, juz 10, hal. 51/52.

12. Dari Hakam, ketika beliau ditanya apakah ayat mut'ah [Q.S. An-Nisaa' 24]telah di-nasakh, maka beliau menjawab "Tidak".

Ref. :

a. Thabari, dalam Tafsir-nya, juz 5, hal 9.

b. Suyuthi, dalam "Dur Al-Mantsur", juz 2, hal. 140.

c. Abi Hayyan, dalam Tafsir-nya, juz 3, hal. 218.

d. Ar-Razi, dalam Tafsir-nya, juz 3, hal. 200.dll.

13. Qurthubi dan As-Syaukani mengatakan bahwa hampir semua ulama menafsirkanayat tersebut [Q.S. An-Nisaa' 24] dengan nikah mut'ah yang sudah ditetapkansejakpermulaan Islam.

Ref :

a. Tafsir Qurthubi, juz 5, hal. 130

b. Tafsir Syaukani, juz 1, hal. 144.

14. Atha' berkata :"Yang terdapat pada surat An-Nisaa' yang menjelaskan tentang adanya bataswaktu dalam perkawinan, ialah perkawinan mut'ah".

Ref. :Abdurrozaq, dalam "Al-Mukatabat".

15. Hubaib bin Abi Tsabit dan Mujahid juga mengatakan bahwa ayat tersebut[Q.S. An-Nisaa' 24] turun untuk menjelaskan perkawinan mut'ah.

Ref.:

a. Tafsir Ibn Katsir, juz 1, hal. 474.

b. Suyuthi, dalam "Durr Al-Mantsur", juz 2, hal. 140.

c. Tafsir Qurthubi, juz 5, hal. 130.dll.

16. Ibnu Abbas berkata :"Mut'ah adalah rahmat Allah bagi umat Muhammad. Bila Umar tidakmelarangnya, maka tidak ada orang yang berzina kecuali orang yang celaka".

Ref. :

a. Ibnu Rusyd, dalam "Bidayatul Mujtahid", juz 2, hal. 43-44.

b. Suyuthi, dalam "Durr Al-Mantsur", juz 2, hal. 140.

c. Tafsir Qurthubi, juz 5, hal. 130.dll.

Dan masih banyak lagi hujjah-hujjah yang menerangkan bahwa nikah mut'ah merupakan perkawinan yang sah (alias bukan zina). Justru seandainya nikahmut'ah ini tidak dilarang oleh Umar, maka tidak ada yang berzina kecualiorang-orang yang celaka. Dan tidak ada satu ayatpun yang me-nasakh nikah mut'ah.Apalagi diperkuat dengan banyaknya hadits yang menerangkan bahwa nikahmut'ah dihalalkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Dan yang melarangnya adalah Umar.

Tangan Allah..?????!!!!!.........





"Tangan" Allah Mengikut Riwayat Mazhab Khalifah

Mazhab khalifah telah meriwayatkan dalam kitab-kitab mereka daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAWAW seperti berikut:

"Nabi Adam dan Musa telah bertengkar dalam satu perbualan:

Nabi Musa berkata:

"Wahai Adam! Allah telah menjadikan kamu dengan kedua belah TanganNya…..tetapi kamu telah membawa semua manusia turun daripada taman syurga disebabkan dosa kamu."

Adam menjawab:

"Wahai Musa, Allah telah memuliakan kamu dengan menulis Taurat dengan kedua belah TanganNya."

Dalam riwayat yang lain diriwayatkan daripada Abu Hurairah:

"Allah turun ke langit dunia, dan membuka kedua belah tanganNya dan berkata…."

Tentang "Jari-Jari" Allah

Tidak ada ayat Qur'an yang menyebutkan perkataan jari-jari Allah, justeru Ibn Khuzaimah telah bersandarkan kepada hadith untuk menguatkan dakwaannya tentang Allah SWT mempunyai jari-jari seperti manusia. Hadith-hadith tersebut dapat dibaca dalam kitab Tawheed Ibn Khuzaimah, dan dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Tirmudzi, Sunan Ibn Majah, Tafsir Tabari, Ibn Kathir, dan Suyuti. Salah satu daripda hadith tersebut ialah:

"Abdullah meriwayatkan bahawa seorang rabbi Yahudi datang kepada Nabi SAWAW dab berkata:

"Wahai Muhammad! Kami membaca dalam Taurat bahawa Allah memelihara langit dengan satu jari, pohon-pohon dengan satu jari, air dengan satu jari, bumi dengan satu jari, dan makhluk dengan satu jari! Dan Dia berfirman:"Akulah Raja!"

"Nabi SAWAW tersenyum untuk mengesahkan kata-kata rabbi Yahudi itu, dan bagi menguatkan kenyataannya itu, membacakan ayat berikut:

"Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya…" (Al-Zumar: 67)

Riwayat-riwayat ini adalah daripada Abu Hurairah dan lain-lainnya yang mengajak golongan ulama daripada mazhab yang bertentangan dengan Ahlul Bait AS memilih makna literal daripada perkataan "Yadullah" (tangan Allah) apabila mentafsirkannya daripada ayat-ayat Qu'ran yang mempunyai perkataan tersebut. Ibn Khuzaimah telah menulis satu bab dalam kitabnya Tawhid yang menyatakan:

"Hujah bahawa Allah Maha Pencipta, Maha Tinggi mempunyai tangan; sesungguhnya Allah SWT mempunyai sepasang tangan sebagaimana yang telah kita pelajari dalam ayat-ayat Qur'an yang menyatakan perkara tersebut."[1]

Kemudian beliau menghuraikan selanjutnya dengan memetik ayat-ayat berikut bagi menyokong dakwaannya itu:

1."Orang-orang Yahudi berkata:"Tangan Allah terbelenggu," sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka. Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki…." (Al-Maidah: 64)

2."Maka Maha Suci (Allah) yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNyalah kamu dikembalikan." (Yaasin: 83)

3."Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Ali-Imran: 26).

Izinkan kami menghuraikan apa yang telah diterangkan oleh mazhab Ahlul Bait AS:

Jawapan-jawapan Daripada Ahlul Bait AS

a) Muhammad bin Muslim bertanya kepada Imam Muhammad Baqir AS tentang ayat berikut:[2]

"Allah berfirman:"Hai Iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kedua tanganKu…." (Sad: 75)

Imam Baqir AS menjawab:

"Yad (tangan) dalam Bahasa Arab bermaksud kuasa dan anugerah."

Kemudian beliau AS menghuraikan lanjut dengan contoh-contoh daripada ayat Qur'an dan Bahasa Arab untuk menjelaskan maksud ucapan tersebut. Kami memetik sebahagian daripada contoh-contoh itu:

1."(Wahai Nabi SAWAW) bersabarlah atas segala apa yang mereka katakan; dan ingatlah hamba Kami Daud yang mempunyai tangan (dhal-aidi) ; sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya). (Sad: 17)

Imam AS menjelaskan bahawa istilah tangan dalam ayat ini menunjukan maksud kiasan (kepada makna kekuatan). Apa yang Allah mahu sampaikan adalah Dia telah menganugerahkan Nabi Daud AS dengan kekuatan. Kemudian Imam AS menghuraikan beberapa lagi contoh kekuatan yang telah dianugerahkan kepada Nabi Daud AS.

2. "Dan langit itu Kami bangun dengan tangan (Kami) sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa." (Adz-Dzariyyat: 47)

Imam AS berkata:"Dalam ayat ini, tangan bermaksud kuasa."

3."Mereka itulah orang-orang yang Allah telah memberikan mereka tangan dengan ruh daripadaNya…"(Al-Mujaadilah: 22)

Dalam ayat ini "tangan" bermaksud kekuatan atau kekuasaan.

Imam AS memetik daripada sastera Arab:

i) Mereka berkata:

"Si-polan dan si-polan mempunyai banyak tangan dengan saya."

Ini bermakna saya mempunyai hutang budi kepadanya.

ii) Sekali lagi, orang-orang Arab berkata:

"Dia ada tangan putih ke atas saya!"

Ini bermakna "Dia ada tanggungjawab kepada saya".Tangan dalam ayat ini bermaksud sifat murah hati.

b) Muhammad bin Ubaidah merujuk ayat yang sama dari Surah Sad kepada Imam Ridha AS. Jawapan Imam AS seperti berikut:

"Dengan tangan-tangan Kami" dalam ayat ini bermaksud "dengan Kekuasaan dan Kekuatan".[3]

c) Suleiman bin Mahran berkata beliau bertanya kepada Imam Ja'far al-Sadiq AS makna firman Allah dalam ayat al-Qur'an:

"Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya……[4]" (Al-Zumar: 67)

Imam AS berkata:

"Ia bermaksud kekuasaan mutlak - tidak ada sekutu dengan yang lain."

Muhammad bin Ubaidah bertanya tentang makna selanjutnya selepas ayat itu:

"…..dan langit digulungkan dengan (Yameen) kananNya…."

Imam AS menerangkan:

"Allah menggunakan istilah "Yameen" (kanan) yang membawa erti 'tangan' dan 'tangan' bererti Maha KekuasaanNya. Langit akan digulungkan dengan KekuasaanNya.

Perkataan "tangan" atau "KananNya" tidak membawa makna genggaman tangan kanan. Ia tidak merujuk kepada sebarang anggota tubuh badan seperti yang difahami oleh mazhab khalifah.

Membayang sifat anggota tubuh wujud pada Zat Allah SWT akan membawa seseorang kepada syirik - justeru Imam Ja'far al-Sadiq AS selepas mengemukakan hujah-hujahnya yang menjawab persoalan itu telah membacakan keseluruhan ayat tersebut secara lengkap. Beliau AS membacakan baris terakhir ayat tersebut:

"Maha Suci Tuhan dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan."

Pemerhatian:

Mazhab Ahlul Bait AS mengemukakan hujah berasaskan makna sebenar Tawhid, pada masa yang sama bersandarkan kepada penggunaan umum istilah berkenaan di kalangan orang Arab dan juga kesusasteraan mereka.

Raghib Isfahani dalam kitabnya yang masyhur Mufradatul Qur'an berkata:

"Yad bermakna 'tangan', iaitu anggota tubuh manusia. Tetapi ia juga mempunyai makna yang lain seperti menguasai, kuasa dan arah."

Para ilmuan Mesir telah menyenaraikan sembilan makna berlainan untuk perkataan "Yad', selain daripada makna tangan. Sebagai contoh, ayat berikut:

"Maka Maha Suci (Allah) yang di tangannya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNya kamu dikembalikan." (Yaasin: 83).

Ayat di atas diterjemahkan seperti berikut:

"Maka Maha Suci (Allah) yang di tangannya (Yang Maha Menguasai) segala sesuatu dan kepadaNya kamu dikembalikan."

Perkara yang paling ganjil ialah apabila para ilmuan yang memilih makna literal tangan dan lain-lain anggota kepada Allah SWT mengambil pula makna yang lain apabila perkataan yang sama ditujukan oleh Nabi SAWAW.

Dalam ayat berikut, yang ditujukan kepada Nabi SAWAW, para penterjemah dan ahli tafsir bersepakat bahawa makna 'Yad' bukan bererti 'tangan' secara literal:

"Dan janganlah jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu menghulurkannya kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal." (Al-Isra': 29).

Tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang memilih makna 'tangan' secara literal tetapi apabila perkataan yang sama ditujukan kepada Allah, mereka memilih pula makna secara literal dan menolak maknanya secara metapora.

Hal ini jelas menunjukkan pengaruh atau penyisipan ajaran-ajaran Yahudi dan Kristian yang telah tercemar dan kemudian ia diperkuatkan pula oleh sebahagian daripada sahabat-sahabat yang tidak berhati-hati. Namun kisah ini tidak berakhir di sini. Masih ada lagi perbahasan yang menarik selepas ini.



[1] Tawhid Ibn Khuzaimah, hlm.53

[2] Tawhid al-Sadooq, hlm. 153

[3] Tawhid al-Sadooq, hlm. 153-154.

[4] Tawhid al-Sadooq, hlm. 160-161.

Pertemuan Malik dengan Abu Ja’far Al-Manshur






Riwayat ini disampaikan oleh Ibnu Qutaibah seorang sejarawan terbesar dalam kitabnya Tarikh khulafa’ adalah bersumber dari Malik sendiri, maka hal ini perlu mendapat perhatian dan dijadikan materi pelajaran. Malik telah mengatakan, “Ketika saya berada di Mina, saya mendatangi beberapa kemah, dansaya sendiri meminta izin maka saya diberi izin. Kemudian orang yang memberi izin itu keluar menemuiku dan memasukkanku, saya berkata padanya, “Jika kamu dan saya telah sampai pada kemah di mana Amirul Mukminin berada maka beritahukanlah saya .” Lalu ia berjalan bersamaku dari suatu kemah kekemah lain, dalam setiap kemah terhadap kelompok lelaki yang pada tengah mereka padang-padang yang terkenal dan tangan-tangan terangkat, sehingga orang itu mengatakan pada saya, ‘Dia berada di kemah itu, lalu ia meninggalkan saya dan berada dibelakang saya.

“Kemudian saya berjalan sampai pada kemah yang dia berada di dalamnya, tiba-tiba ia telah turun dari tempat ia duduk menuju ke hampaaran di bahwahnya dan ia telah mengenakan pakaian sederhana sekali yang kurang layak bagi orang yang semisalnya sebagai sikap merendah karena kedatanganku dan tidak ada bersamanya selain sebuah pemancang yang pada ujungnya sebilah pedang yang tersarungkan. Ketika saya mendekat padanya, ia mempersilahkan dan mendekatkan saya lalu ia berkata, “Silahkan mendekat padaku, maka saya berisyarat mau duduk, ia mengatakan, ‘Ke sini! ia senantiasa memanggilku untuk mendekat, sehingga ia mendudukanku di depannya dan berhimpitan kedua lututku dengan kedua lututnya.

“Selanjutnya yang pertama kali dia ucapkan ialah, Demi Allah yang tidak ada Tuhan kecuali Dia, wahai Abu Abdullah! sungguh aku tidak pernah memerintahkan aapa yang telah terjadi itu dan aku tidak mengetahui sebelum terjadinya serta aku tidak pula merelakannya (Yakni peristiwa pemukulan).’ Malik berkata, maka saya memuji Allah SWT pada setiap saat dan saya bersalawat pada Rasulullah saww, kemudian saya membebaskan dia dari perkara tersebut dan menyatakan kerelaan tentangnya. Kemudian ia berkata, ‘wahai Abu Abdullah! penduduk Haramain senantiasa dalam kebaikan selama engkau di belakang mereka, sungguh aku mempercayakan padamu keamanan bagi mereka dari siksaan Allah dan kemurkaan-Nya dan denganmu Allah SWT telah menahan mereka dari bencana yang besar. Sesungguhnya mereka itu seperti yang aku ketahui adalah orang-orang yang paling cepat mendapat bencana dan yang paling lemah untuk terhindar dari padanya, semoga Allah membinasakan mereka di mana saja berada. Aku telah memerintahkan untuk menghadapkan musuh Allah SWT itu dari Madinah dalam keadaan terhina (yakni Ja’far bin Sulaiman) dan aku telah memerintahkan untuk mempersempit tempat duduknya serta secara terang-terangan penghinaannya, dan sepatutnyalah aku menimpahkan siksaan padanya yang melebihi dari apa yang telah engkau terima darinya.

“Maka saya pun menjawab, ‘Semoga Allah SWT memaafkan Amirul Mukminin dan memuliakan kedudukannya, sungguh saya telah memaafkan dirinya lantaran kekerabatannya dengan Rasulullah saww, dan denganmu.’ Abu Ja’far al-Manshur berkata, ‘Dan juga engkau semoga diampuni oleh Allah dan didekatkan. ’Malik berkata ‘Kemudian ia telah membeberkan padaku tentang orang yang telah lalu dari kalangan para pendahulu, maka saya dapati ia adalah seorang yang paling tahu terhadap perkara yang mereka sepakati dan yang mereka perselisihkan karena ia bersikap menjaga apa yang diriwayatkan dan menyadari apa yang didengar.’

“Lalu ia berkata kepadaku, ‘Wahai Abu Aabdullah! Letakkan ilmu ini dan catatlah, tulislah darinya menjadi beberapa kitab, jauhilah kekerasan Abdullah bin Umar, peringatan Abdullah bin Abbas dan keasingan Abdullah bin Mas’ud, ambilah jalan pertengahan dan yang telah disepakati oleh para pemimpin dan sahabat ra, supaya kami dapat membebani manusia insya Allah dengan ilmumu dan kitab-kitabmu dan kami kirimkan keseluruh kota-kota serta kami pesankan pada mereka agar mereka tidak menyimpang darinya dan tidak menentukan hukum dengan selainnya. Saya pun menyatakan padanya, ‘Semoga Allah memperbaiki keadaan Amirul Mukminin, sesungguhnya penduduk Iraq tidak mau menerima ilmu kami dan tidak mau memperhatikan pendapat kami dalam ilmu mereka.’ Maka Abu Ja’far al-Manshur menjawab, ‘Mereka akan dipaksa dengan dan kami akan memukul kemauan mereka dengan pedang serta memutuskan kekuatan punggung mereka dengan cambuk, maka segeralah perbuat dan tetapkanlah, anakku Muhammad al-Mahdi akan datang padamu tahun depan insya Allah di Madinah untuk mendengarnya darimu dan ia akan mendapatkanmu telah menyelesaikan kitab itu insya Allah.

“Malik berkata, ‘Tatkala kami tengah duduk, tiba-tiba muncul seorang anaknya yang kecil dari kemah sebelah belakang kemah temapat kami berada, dan ketika anak kecil itu melihat padaku maka ia ketakutan dan berbalik kebelakang, ia tidak mau maju ke depan,’ Lalu Abu Ja’far al-Manshur berkata padanya, ‘Majulah wahai sayangku, sesungguhnya ia ini adalah Abu Abdullah seorang faqih penduduk hijaz, ’kemudian ia berpaling kepadaku sambil berkata, ‘Hai Abu Abdullah, tahukah engkau mengapa anak itu takut dan tidak mau ke depan? ‘ Aku menjawab , ‘Tidak!’ Ia berkata, ‘Demi Allah, ia telah memungkiri kedekatan tempat dudukmu denganku, karena ia belum pernah melihat hal ini terhadap seseorang selain engkau sendiri, oleh sebab itu ia berbalik.’

“Selanjutnya Malik berkata, ’kemudian ia memerintahkan untuk memberikan uaang padaku seribu dinar berupa emas dan sebuah baju besar dan memerintahkan untuk memberi anakku seribu dinar, lalu saya mohon diri dan ia mempersilahkan. Maka saya pun berdiri dan ia melepasku serta mendoakan untukku. Saya berjalan keluar dan seorang pelayan menemuiku dengan membawa baju besar lalu meletakkannya pada bahuku, demikian itulah yang diperbuat terhadap orang yang diberi pakaian jika ia dimuliakan lalu keluar dengan baju tersebut ke kalangan manusia dan ia membawanya kemudian menyerahkannya kepada anaknya. Maka tatkala si pembantu itu meletakkan baju itu pada bahuku saya mengelah darinya karena tidak suka membawanya dan demi membebaskan diri darinya. Maka Abu Ja’far memanggilnya dengan berkata, ‘Antarkan ke kendaraan Abu Abdullah!’”[1]



[1] Lihat Tarikh Khulafa’ oleh Ibnu Qutaibah, II, hal.150.